Thursday, October 21, 2010

Undian Pendapat Mengenai Magahau 2010

SAMORA sedang membuat undian pendapat umum (bangsa Rungus) mengenai Magahau 2010 di link berikut: http://magahaurungus.blogspot.com/.

Keputusan undian tersebut akan dijadikan dasar oleh SAMORA untuk mempertimbangkan sama ada meneruskan penganjuran:

  1. Magahau (anjuran SAMORA dan Pejabat Daerah Pitas) + Mamapak (anjuran Rungus labus) ATAU
  2. Magahau sahaja tanpa upacara mamapak seperti resolusi Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009.

Tolong sebarkan perkara ini kepada rakan-rakan anda berbangsa Rungus.

Nota

  • "Magahau" bermaksud "Moginakan ot Rungus"
  • Upacara "Mamapak" ialah upacara penyembahan berhala Rungus labus. Semasa upacara mamapak bololizan berhubung dengan "kinoringan" atau "osundu" mereka di tempat yang dinamakan "Pinapakan".