Berikut adalah resolusi Perjumpaan Khas wakil AMT SAMORA dan wakil EXCO PCS di PCS Pusat, Taman Gereja Protestan Kudat, jam 4.00pm - 6.00pm, 11.10.2010 (Isnin), mengenai pelaksanaan Pesta Magahau 2010:
1. PCS tidak mempunyai sebarang halangan kepada semua ahlinya untuk hadir dan terlibat sama di dalam penganjuran pesta Magahau 2010 di Dewan Terbuka Kanibongan, Pitas pada 29 - 30 Oktober 2010, kerana magahau bukanlah satu perayaan ritual (penyembahan).
2. Bagaimanapun ahli-ahli PCS adalah dilarang untuk melibatkan diri di dalam upacara mamapak yang akan diadakan oleh Rungus yang masih tidak beragama (labus) di Kg. Kutoyon, Kanibongan Pitas, sempena Magahau 2010. Ini disebabkan mamapak adalah upacara ritual (penyembahan) nenek moyang suku kaum Rungus dan adalah salah di sisi Alkitab untuk orang Kristian terlibat sama. Bagaimanapun mereka boleh datang sebagai pemerhati atau pelancong sahaja.